Seo Services

Jangan jadikan PDRM sebagai ‘kambing hitam’ - Wan Junaidi


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengecam sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menyalahkan polis sebagai ‘kambing hitam’ apabila masalah berlaku.

"Dalam keadaan apa-apa sekalipun pihak polis tetap memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat dan melaksanakan tugas mereka dengan sewajarnya mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP).”

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika dihubungi oleh pihak Sarawakiana secara eksklusif menerusi panggilan telefon awal pagi tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Sarawak menyalahkan polis yang gagal mengawal orang ramai sehingga membawa kepada rusuhan selepas perlawanan Piala Malaysia di antara Sarawak-Perak di Kuching pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, mengikut laporan TMI, Mawan mengatakan bahawa pihak polis tidak bersedia untuk berhadapan dengan perlawanan yang sangat besar di stadium negeri untuk mengawal orang ramai yang membawa kepada rusuhan semasa perlawanan Pala Malaysia Sarawak-Perak.

"Mereka (pemimpin) perlu mengambil kira bahawa pihak polis telah melakukan persediaan yang terbaik untuk menjaga perlawanan tersebut bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini telah berlaku seperti rusuhan semasa perlawanan," Junaidi berkata.

"Anda tidak boleh mengharapkan pihak polis berkuat kuasa sepenuhnya untuk turun ke padang seolah-olah akan ada peperangan berlaku di sana?" katanya.

"Daripada menyalahkan pihak polis, pemimpin-pemimpin yang mengkritik penguatkuasaan undang-undang perlu memberikan sokongan moral dan bukannya membuat kita "kambing hitam’ dalam perkara ini," kata Junaidi lagi.

Insiden yang menyaksikan Sarawak seri 1-1 dengan Perak, lebih daripada 2,000 peminat dilaporkan telah menceroboh padang selepas wisel penamat ditiupkan dengan merosakkan beberapa kemudahan stadium, merobek kerusi plastik, menyalakan suar dan melemparkan botol yang sudah pecah, batu dan "bom udara" kepada pihak polis.

Tujuh kereta polis rosak dalam rusuhan di luar stadium, termasuk satu yang dibakar dengan tujuh anggota polis cedera sedikit dan setakat ini, polis telah membuat lima penangkapan mengenai kejadian ini. -Sarawakiana
Jangan jadikan PDRM sebagai ‘kambing hitam’ - Wan Junaidi Jangan jadikan PDRM sebagai ‘kambing hitam’  - Wan Junaidi Reviewed by Unknown on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.