Seo Services

Mampukah MJATS Buat Penonton Melekat Depan TV & Tenggelamkan Aura Rindu Awak 200%?

 
Pasti ramai  yang takut untuk terlepas menonton episod akhir Rindu Awak 200% semalam. Mana boleh terlepas episod penamat drama yang paling digemari itu.
 
Setakat ini drama bersiri Rindu Awak 200% antara drama terbaik yang berjaya membuatkan peminat memuji jalan ceritanya dari awal hinggalah ke episod terakhir.
 
Respon yang diterima oleh kebanyakan penonton rata-ratanya positif dan sambutan peminat berjaya melonjakkan nama drama tersebut menjadi trending di laman Twitter. Inilah perbezaan drama bersiri  Rindu Awak 200% dengan drama lain seperti Ariana Rose dan Kerna Terpaksa Aku Relakan.
 
Dengan berakhirnya drama lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat tersebut, sebuah bingkisan terbaru bakal menyusul dengan menampilkan Fahrin Ahmad dan Sara Ali sebagai teraju utama.
 
Naskhah terbaru itu berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) yang juga diadaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana.
 
Ramai sedia maklum bahawa beberapa episod awal kebiasaannya agak sukar diterima kerana penonton masih stuck dengan fenomena drama sebelum ini.
 
Jadi persoalannya, mampukan MJATS menenggelamkan aura Rindu Awak 200% sekaligus membuatkan penonton setia melekat di depan TV setiap petang?
 
Mampukah MJATS Buat Penonton Melekat Depan TV & Tenggelamkan Aura Rindu Awak 200%? Mampukah MJATS Buat Penonton Melekat Depan TV & Tenggelamkan Aura Rindu Awak 200%? Reviewed by uMieySurianie on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.