Seo Services

MH17 : PERKESO Bayar Manfaat Kepada Waris Mangsa


KUCHING : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran untuk perbelanjaan pengebumian dan juga pencen bulanan pertama kepada waris 20 mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine, Julai lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, hari ini berkata pembayaran itu membabitkan lima penumpang dan 15 anak kapal pesawat malang yang juga pencarum Perkeso.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kursus Penilai Kemerosotan Perubatan Bertauliah (CMIA) di sini, beliau berkata manfaat pengebumian itu berjumlah RM1,500 manakala kuantum pembayaran pencen bulanan bergantung kepada tempoh caruman.

"Jumlah pencen bulanan berbeza-beza antara RM575 dan RM2,675," katanya.

Mengenai pencarum PERKESO yang juga antara penumpang pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Riot berkata manfaat itu tidak boleh dikeluarkan kerana nasib mereka belum diketahui. - Sarawakiana
MH17 : PERKESO Bayar Manfaat Kepada Waris Mangsa MH17 : PERKESO Bayar Manfaat Kepada Waris Mangsa Reviewed by Unknown on September 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.