Seo Services

PERAHU TYT MEMENANGI PERLUMBAAN DIPLOMATIK REGATTA SARAWAK 2014


Perahu tajaan Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menjuarai kategori Perlumbaan Diplomatik pada hari Regata Sarawak 2014 yang berlangsung di Tebingan Kuching sebentar tadi.

Sultan Brunei DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang tiba di Kuching di sini semalam sempena Regata Sarawak 2014 berkenan menyampaikan piala kepada pemenangnya.

Sebanyak lima buah perahu yang masing-masing ditaja oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan beberapa Menteri Kabinet negeri, bersaing merebut gelaran juara perlumbaan sejauh seribu meter itu.

Perahu tajaan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjuarai kategori tersebut dan membawa piala yang disempurnakan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sementara itu, antara acara akhir berlangsung pada lewat petang nanti termasuk pusingan akhir bidar 30 pengkayuh lelaki satu kilometer, bidar 15 pengkayuh, balok 7 pengkayuh, bidar 20 pengkayuh, perahu naga antarabangsa dan kemuncak bidar 30 pengkayuh untuk merebut gelaran Raja Sungai 2014.

Turut hadir, isteri Yang Di-Pertua Negeri; Toh Puan Raghad Kurdi Taib; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar haji Adenan Satem serta isteri, Puan Sri Dato' Jamilah Anu, dan dif-dif kehormat yang lain. -Sarawakiana

PERAHU TYT MEMENANGI PERLUMBAAN DIPLOMATIK REGATTA SARAWAK 2014 PERAHU TYT MEMENANGI PERLUMBAAN DIPLOMATIK REGATTA SARAWAK 2014 Reviewed by Salfian Nawawi on September 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.