Seo Services

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Regatta Sarawak 2014






Lebih dari 10,000 warga Bandaraya Kuching dari pelbagai peringkat umur datang mengunjungi hari keempat dan terakhir Regatta Sarawak 2014 untuk majlis penutupan rasmi acara tersebut di Tebingan Kuching pagi tadi.

Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Sultan Brunei DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah secara simboliknya memulakan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Regatta Sarawak 2014. 

Dua puluh pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Brunei, Australia, Kanada, Macau, Singapura, Filipina, Thailand, Taiwan, Indonesia dan Malaysia bersaing dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Regatta Sarawak 2014 kali ini. 

Sebanyak 15 perlumbaan saringan melibatkan empat kategori; 20 Pekayuh Antarabangsa, 12 Pekayuh Campuran Antarabangsa, 12 Pekayuh Terbuka Antarabangsa dan 20 Pekayuh Campuran Antarabangsa telah diadakan semalam untuk menentukan pasukan untuk melalui separuh akhir. 

Terdahulu, perlumbaan "Brooke-Swim" Regetta Sarawak 2014 ke-2 menyaksikan juara Sarawak Regetta Brooke Swim tahun lepas Ho Chai Wee muncul sebagai juara mengalahkan 21 peserta lain termasuk Teo Ah Hua yang memenangi perlumbaan "Brooke-Swim" Regetta Sarawak 2014 yang pertama semalam. Ho juga pulang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM1000. 

Sementara itu, Aziz Sulaiman dari Batu Lintang, sekali lagi, muncul sebagai juara dalam pertandingan "Berenang Menangkap Itik" Sarawak Regatta 2014 ke-2 sepertimana yang beliau capai dalam pertandingan "Berenang Menangkap Itik" Sarawak Regatta 2014 pertama semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak; Toh Puan Sri Raghad Kurdi-Taib, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem dengan isterinya Puan Sri Dato Hajah Jamilah, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu-tetamu kehormat yang lain. -Sarawakiana 

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Regatta Sarawak 2014 Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Regatta Sarawak 2014 Reviewed by Salfian Nawawi on September 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.