Seo Services

Suspek Curi Kenderaan "Kantoi" Menyorok Dalam Boot Kereta




KUCHING: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua .. begitulah ibarat apabila seorang suspek mencuri kereta diberkas polis ketika sedang menyorok di dalam belakang boot sebuah kenderaan dalam usahanya untuk melepaskan diri dari kepungan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek ketika di hubungi Sarawakiana sebentar tadi mendedahkan kejadian berlaku lebih kurang jam 1 pagi tadi di kawasan Kampung Tabuan Melayu di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa anggota Task Force & Cawangan Pencegah Jenayah Balai Polis Tabuan Jaya sedang buat rondaan cegah jenayah dikawasan tersebut.

Pasukan polis berkenaan kemudiannya telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara warna biru tanpa nombor pendaftaran yang dipandu oleh tiga suspek berdekatan surau Kampung Selipar Putus, Tabuan Melayu.

Suspek telah memberhentikan kereta dan cuba melarikan diri walaubagaimanapun, kesemua suspek termasuk seorang yang cuba menyorok dalam boot belakang kenderaan tersebut berjaya ditangkap oleh polis.

Siasatan awal polis mendapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang di tepi sebuah Bank Jalan Song Thian Cheok, Padungan pada hari Ahad lepas dan suspek, yang berusia 12 hingga 34 tahun yang tiada pekerjaan kini ditahan untuk mendapat permohonan reman petang ini. - Sarawakiana
Suspek Curi Kenderaan "Kantoi" Menyorok Dalam Boot Kereta Suspek Curi Kenderaan "Kantoi" Menyorok Dalam Boot Kereta Reviewed by Salfian Nawawi on September 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.