Seo Services

Erma Fatima Beraya Bersama Madu, Inilah Erti Pengorbanan Sebenar!

 
Terharu tatkala melihat foto-foto dari laman Instagram pengarah terkenal, Erma Fatima. Iyalah, tahun ini Erma menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga mertuanya tau.

Paling memeranjatkan apabila melihat gambar madunya yang turut ada menyambut hari yang mulia ini. Wah! Sejuk mata memandang apabila melihat kegembiraan mereka sekeluarga.

Kalau nak tahu, Erma turut memberi gelaran beautiful sister pada madunya. Hmm, inilah erti pengorbanan sebenar bagi Erma. Setuju tak?
 
Screen Shot 2014-10-06 at 10.12.59 PM

Maka, lenyaplah desas-desus yang kononnya Erma dan Bade ingin bercerai. Dah terang lagi bersuluh bahawa mereka kini sedang bahagia.

Bila dah tengok foto, tak sah kalau tak intai sikit ruangan komen tu. Kami lihat rata-rata pengikut Erma menyokong tindakannya.

 
Malah, siap ada yang meminta nasihat bagaimana untuk menjadi setabah wanita ini yang secara tulus menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Pada kami, baguslah begini. Sekurang-kurangnya, masyarakat dapat menghentikan berita yang tak benar dan Erma sekeluarga lebih bahagia!

Apapun, kami doakan Erma, Bade dan Aida akan terus dikurniakan kebahagiaan dan rezeki yang tak putus-putus. Tahniah kami ucapkan ya!- Oh Bulan!
Erma Fatima Beraya Bersama Madu, Inilah Erti Pengorbanan Sebenar! Erma Fatima Beraya Bersama Madu, Inilah Erti Pengorbanan Sebenar! Reviewed by uMieySurianie on October 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.