Daniella Poggiali kini ditahan untuk siasatan lanjut. |
ROME: Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.
Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.
Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.
Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.
Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.
Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.
Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.
Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.
Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.
Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.-Mstar
Jururawat Disyaki Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati
Reviewed by uMieySurianie
on
October 15, 2014
Rating:
No comments: