Seo Services

Maklumat Penculik Sasar Kanak-Kanak Di Sarawak Tidak Benar

Gambar Hiasan

KUCHING - Polis Sarawak menegaskan maklumat yang disebarkan menerusi media sosial berkaitan kegiatan penculik yang mensasarkan golongan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah di negeri ini adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, maklumat yang menyatakan kumpulan penculik itu aktif menjalankan kegiatan jenayah di kawasan Petra Jaya, Lundu, Bau, Kota Samarahan dan Serian di sini sebenarnya palsu.

"Berdasarkan maklumat palsu itu, terdapat penculik yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih serta sebuah van merah disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak dan penjualan organ.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan agar masyarakat tidak mempercayai maklumat seumapamanya yang disebarkan melalui media sosial," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di sekolah dan kawasan tumpuan awam dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai terutama kanak-kanak terjamin. - KOSMO!
Maklumat Penculik Sasar Kanak-Kanak Di Sarawak Tidak Benar Maklumat Penculik Sasar Kanak-Kanak Di Sarawak Tidak Benar  Reviewed by uMieySurianie on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.