Seo Services

Kapal Tentera Laut Korea Selatan Lepaskan Tembakan Amaran

 

SEOUL: Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas bot peronda Korea Utara melintasi kawasan sempadan di pantai barat.

Pegawai pertahanan Korea Selatan berkata bot Korea Utara itu membalas tembakan sebelum berundur.

Katanya, tidak ada kecederaan dilaporkan di sebelah Korea Selatan.

Kawasan berkenaan adalah tempat di mana sering berlaku pertempuran pada masa lalu di mana sebilangan kelasi di kedua-dua belah maut.

Kapal dari Korea Utara juga sering melintasi Garisan Had Utara, yang ia enggan mengiktiraf sebagai kawasan sempadan maritim. - REUTERS
Kapal Tentera Laut Korea Selatan Lepaskan Tembakan Amaran Kapal Tentera Laut Korea Selatan Lepaskan Tembakan Amaran Reviewed by Unknown on October 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.