Seo Services

Kegiatan Merekrut Rakyat Malaysia Ancaman Buat Negara


KOTA BAHARU: Kegiatan merekrut rakyat negara ini untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk berjuang di Syria kononnya atas nama jihad mengancam keselamatan negara dan perlu dibanteras segera, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sambil menyifatkan IS lebih dahsyat daripada Al-Qaeda, Zulkifeli berkata jika perkara itu dibiarkan, dibimbangi lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan IS di Syria.

"Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi militan dan mereka akan punyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain di tempat berjuang itu.

"Tak mustahil mereka ni balik senyap-senyap dan tubuhkan sesuatu, ini perkara nyata dan telah diperakui bahawa kumpulan IS ini lebih dahsyat daripada Al Qaeda," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Summer Camp 11/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini, pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Datuk Rusli Ahmad dan Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Azmy Yahya.

Zulkifeli berkata isu itu amat serius dan kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh menyertai kumpulan itu.

"Ini adalah satu ancaman yang nyata dan rakyat mesti sedar akan ancaman ini seterusnya boleh menjadi mata dan telinga kepada agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak memberi perhatian serius pada isu tersebut dan membantu pihak berkuasa menanganinya.

Beliau juga menegaskan jika tidak ditangani dibimbangi rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan berkenaan akan mewujudkan kumpulan kecil di negara ini apabila kembali ke tanah air.

"Kumpulan ini mampu mempengaruhi pelajar perempuan tingkatan dua menerusi Internet, apa jihadnya...kalau membunuh Islam sesama Islam," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, dan lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan 'jihad' semasa 'mengumpan' golongan sasaran. - Bernama
Kegiatan Merekrut Rakyat Malaysia Ancaman Buat Negara Kegiatan Merekrut Rakyat Malaysia Ancaman Buat Negara Reviewed by Salfian Nawawi on October 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.