Seo Services

Kerajaan Terus Pantau Aktiviti IS: Daud


LIMBANG: Kerajaan negeri akan sentiasa memantau kegiatan militan Negara Islam (IS) termasuk kumpulan pelampau meskipun tiada maklumat mengaitkan pelajar Sarawak terlibat terutama di Syria dan Iraq.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata pemantauan terhadap IS diteruskan supaya tiada rakyat terpengaruh dengan perjuangan Islam ekstrem dan bertentangan dengan syariat Islam.

Beliau berkata IS yang kononnya memperjuangkan Islam sebenar menimbulkan kebimbangan kerana kumpulan ini boleh mengapi-apikan semangat perjuangan songsang.

“IS sangat berbahaya kerana kita takut kumpulan ini akan melakukan modus operandi sama di Malaysia.

“Kita akan terus memantau kegiatan IS di Sarawak meskipun tiada maklumat yang mengaitkan wujudnya pelajar Sarawak terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sidang akhbar Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Residen Limbang semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ismail Mohd Hanis, Timbalan Residen Pembangunan Selamat Jati, Timbalan Residen Sosial Hamidah Halpi dan Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir.

Beliau menjelaskan, IS bukan sahaja merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria yang kononnya atas dasar jihad, bahkan mereka semakin agresif apabila cuba merekrut pelajar sekolah.

“Selain pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi turut menjadi sasaran dan dipujuk untuk sama-sama berjihad,” ujarnya.

Daud berkata meskipun bilangan rakyat Malaysia menyertai kumpulan IS tidak diketahui namun rakyat terus diingatkan agar tidak terpengaruh dengan perjuangan IS.

Katanya Sarawak mempunyai ulama yang dapat memberi penerangan mengenai perjuangan Islam sebenar berbanding dengan IS yang dilakukan bertentangan dengan Islam.

“Jika ada kemusykilan, ulama boleh memberi pandangan mengenai perjuangan Islam sebenar.

“IS hanya perjuangan yang merugikan malah ia jelas melanggar ajaran Islam sebenar,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan Maal Hijrah, Daud berkata Limbang dipilih sebagai tuan rumah buat kali pertama pada 24 dan 25 Oktober ini.

“Sambutan Maal Hijrah bermula pada petang 24 Oktober (Jumaat) di Masjid Baharu Bahagian Limbang, dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, bacaan doa akhir tahun, ceramah khas Maal Hijrah, zikir marhaban dan doa kesyukuran selain solat Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya.

Manakala jelasnya sambutan kemuncak pada pagi 25 Oktober (Sabtu) diselit dengan penyampaian Anugerah Maal Hijrah dengan 10 kategori selain majlis perasmian.

“Majlis akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

“Hadir sama ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu dan kenamaan lain,” katanya. - UB
Kerajaan Terus Pantau Aktiviti IS: Daud Kerajaan Terus Pantau Aktiviti IS: Daud Reviewed by JANUARIUS on October 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.