Kepulangan jenazah Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, 13, anggota terakhir keluarga Allahyarham Tambi Jiee yang telah terkorban dalam tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ke Sarawak hari ini bagai menyempurnakan "hasrat terakhir" keluarga tersebut iaitu untuk menyambut Hari Raya di sini.
Biarpun niat asal mereka untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara tidak kesampaian, sekurang-kurangnya mereka sekeluarga berjaya "disatukan" kembali dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia.
Ironinya, ketibaan jenazah Allahyarham Muhammad Afruz, tiba di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuching bersama jenazah mendiang Meling Anak Mula dengan pesawat TUDM Hercules C-130 tepat jam 11:55 pagi di iringi dengan hujan renyai yang bagaikan memahami rasa sayu dan sebak para hadirin yang menanti di lapangan terbang berkenaan.
Turut mengiringi jenazah dalam pesawat tersebut adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim serta waris terdekat mendarat di Lapangan Terbang TUDM Kuching tepat jam 11:55 pagi. Jasad mendiang Meling diterbang terus ke Bintulu untuk dikebumikan di sana.
Antara yang turut hadir di majlis sambutan jenazah pagi tadi adalah Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusof dan Menteri Muda Hal Ehwal Islam negeri Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

Penghantaran jenazah mereka berdua bersama jenazah mendiang Liew Yaw Chee, mendiang Lee Kiah Yeen dan mendiang Mathew Ezekial Sivagnanam adalah penghantaran jenazah mangsa MH17 yang ke-6 yang telah diterbangkan kembali dengan menaiki pesawat komersial MH19 ke Malaysia dari Amsterdam, Belanda.
Sebelum itu, pesawat tersebut telah tiba kira-kira jam 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diberi penghormatan tentera sepenuhnya.
Jenazah Allahyarham Arfuz kemudiannya di bawa ke Majid Jameq, Petra Jaya pada jam 12: 50 tengahari untuk disembahyangkan dan selepas solat Jumaat dibawah pimpinan Imam Besar Negeri Datuk Haji Jorji.
Jenazah Allahyarham Arfuz kemudiannya di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya untuk dikebumikan bersebelahan dengan pusara-pusara ahli keluarganya.
Jenazah Allahyarham Arfuz kemudiannya di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya untuk dikebumikan bersebelahan dengan pusara-pusara ahli keluarganya.
Pada 19 September yang lepas, jenazah Allahyarham Muhammad Afzal, 17 dan Allahyarhamah Marsha Azmeena, 15, selamat disemadikan di dalam satu liang lahad.
Terdahulu, jenazah ayah kedua beradik tersebut, Allahyarham Tambi Jiee, 49, sebelum ini telah dikebumikan pada 9 September bersebelahan dengan kubur isterinya Allayarhamah Ariza Ghazalee, 46 dan anaknya sulung mereka Allahyarham Muhammad Afif Tambi, 19 pada 22 Ogos yang lepas.
Keluarga yang berasal dari Sarawak ini pulang dari Kazakhstan, untuk menetap di Malaysia di mana sebelumnya Tambi telah bertugas selama lebih kurang tiga tahun sebagai kakitangan Shell.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dengan penghantaran ini, seramai 42 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 telah dikembalikan kepada waris mereka. Setakat ini, seramai 27 penumpang dan 15 anak kapal telah dikenal pasti daripada jumlah rakyat Malaysia di atas kapal penerbangan.
Al-Fatihah buat keluarga Tambi Jiee serta semua mangsa tragedi MH17 ... - Sarawakiana
#MH17 :Keluarga Tambi Jiee Akhirnya "Bersama" Semula
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 03, 2014
Rating:
No comments: