Seo Services

Michael Phelps Digantung Enam Bulan

 

NEW YORK: Perenang sensasi Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps hari ini digantung enam bulan daripada menyertai mana-mana kejohanan termasuk kejuaraan dunia tahun depan.

Hukuman itu dikenakan oleh Persekutuan Renang Amerika Syarikat yang turut juga menyaksikan dia kehilangan pembiayaan daripada persekutuan itu.

Hukuman itu dikenakan selepas perenang itu gagal dalam ujian kedua memandu di bawah pengaruh dadah selepas beliau ditahan minggu lalu di Baltimore.

Ia juga bermakna Phelps tidak dibenar menyertai kejohanan yang dikendalikan badan itu pada 6 April tahun depan.

Phelps juga bersetuju dia tidak akan bertanding di kejohanan renang dunia di Russia, juga Julai tahun depan.

Minggu lalu, Phelps mengumumkan dia menyertai program rawatan dadah selama enam minggu, seminggu selepas dia ditahan dan didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk di Baltimore. - AP
Michael Phelps Digantung Enam Bulan Michael Phelps Digantung Enam Bulan Reviewed by Unknown on October 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.