Seo Services

Pesawat Tentera Bolivia Terhempas, Dua Terkorban


LA PAZ: Dua orang terkorban apabila pesawat kecil tentera terhempas ketika berlatih membuat persembahan lagak ngeri sempena ulang tahun Tentera Udara Bolivia, lapor stesen televisyen tempatan, hari ini.

Pihak tentera berkata, mangsa ialah seorang pegawai berpangkat kolonel dan seorang lagi leftenan mati di tempat kejadian. 

Pesawat buatan Bolivia, Tiluchi FAB-542 terhempas di Santa Cruz ketika melakukan latihan mendarat.

Stesen televisyen ATB menyiarkan gambar serpihan pesawat berkenaan.

Pihak berkuasa tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan maklumat mengenai punca kejadian tetapi saksi berkata, enjin pesawat mungkin mengalami kerosakan. - AFP
Pesawat Tentera Bolivia Terhempas, Dua Terkorban Pesawat Tentera Bolivia Terhempas, Dua  Terkorban Reviewed by Unknown on October 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.