Gambar Hiasan |
MIRI: Hasrat seorang penjawat awam dipercayai cuba membunuh diri tidak kesampaian apabila tali nilon yang digunakannya untuk menggantung diri pada kipas siling, terputus.
Dalam kejadian di sebuah kuarters kerajaan di Jalan Cahaya, Lopeng di sini pagi semalam, lelaki berusia 38 tahun itu bagaimanapun terjatuh selepas tali nilon terbabit terputus menyebabkan kepalanya cedera.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
Katanya, dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung lehernya menggunakan tali nilon yang diikat pada kipas siling di ruang tamu rumah di tingkat tiga bangunan kuarters berkenaan.
Selepas gagal menggantung diri dan terjatuh, kata Gan, lelaki itu terus berlari ke dapur rumah dan cuba masuk ke rumah jiran melalui balkoni di bahagian belakang.
Bagaimanapun, katanya, tindakan lelaki itu disedari jirannya yang menjerit.
“Selepas itu, dia terus melompat ke sebuah rumah kosong terletak di tingkat dua bangunan kuarters sama. Dia sekali lagi cuba terjun namun berjaya diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bergegas ke tempat kejadian,” katanya.
Lelaki terbabit kemudian dihantar oleh anggota JPAM ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Gan, penjawat awam terbabit dipercayai mengalami tekanan akibat masalah hutang dan keluarga.-BP
Penjawat awam Gagal Bunuh Diri
Reviewed by uMieySurianie
on
October 16, 2014
Rating:
No comments: