Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan agar pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diteruskan dan ditambah secara khusus untuk golongan wanita.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dipetik portal The Malaysian Insider berkata, melalui pemberian BR1M kepada wanita, mereka juga akan menikmati kuasa beli.
"Wanita turut menyumbang kepada pembangunan negara, mereka perlu mempunyai kuasa beli.
"Jadi saya cadangkan supaya BR1M itu diteruskan dan ditambah kepada golongan wanita," katanya ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat, semalam.
Zuraida dan PKR sebelum ini dengan lantang membantah serta mengkritik pemberian wang tunai BR1M oleh kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah, kerana menurut mereka BR1M bukan penyelesaian ekonomi jangka panjang.
Walau bagaimanapun, tinjauan Sarawakiana mendapati rata-rata kalangan rakyat biasa mengharap pemberian BR1M diteruskan, yang mereka anggap sebagai 'Bonus Tahunan' dari Kerajaan Barisan Nasional.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2015 berkata keputusan meneruskan pemberian BR1M itu dibuat dengan mengambil kira peningkatan dalam kutipan hasil kerajaan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kemampuan kerajaan.
Bantuan kewangan itu turut dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
BR1M juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750.
Bantuan ini akan dibayar sebanyak 3 kali setahun iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 akan dibayar mulai September 2015.
Bagi kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 setahun. - Sarawakiana
PKR mahu pemberian BR1M diteruskan
Reviewed by Admin
on
October 16, 2014
Rating:
No comments: