Seo Services

Wabak Ebola Kedua Lebih Kecil Menular Di Afrika


NEW YORK: Wabak Ebola kedua yang lebih kecil kini mula menular di Afrika dan kajian terbaru menunjukkan ia berpunca daripada sumber berlainan berbanding wabak lebih besar yang sedang melanda bahagian barat benua itu.

Kajian genetik menunjukkan wabak Ebola kecil itu mula menular sejak Julai lalu di Republik Demokratik Congo dan ia adalah sama seperti yang berlaku di kawasan tengah Afrika.

Sekurang-kurangnya 69 orang termasuk lapan kakitangan kesihatan dipercayai dijangkiti dan 49 sudah meninggal dunia.

Kajian itu diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penyelidik dari Perancis dan Kanada.

Ia diterbitkan secara atas talian semalam oleh Jurnal Perubatan New England.

Ebola mula muncul pada 1976 di Congo dan mencetuskan wabak secara berkala di negara berkenaan serta beberapa negara di bahagian tengah Afrika.

Ia tidak dikesan di barat Afrika sehinggalah wabak yang berlaku sekarang iaitu Ebola paling teruk yang menular awal tahun ini.

Setakat ini lebih 8,900 orang dijangkiti dan lebih 4,400 meninggal dunia, sebahagian besar di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Pakar kesihatan berpendapat kes di peringkat awal itu berpunca daripada pengambilan makanan atau pengendalian haiwan yang dijangkiti Ebola dan kemudiannya berjangkit kepada manusia.

Sumber sebenar secara semulajadi belum dapat dibuktikan tetapi suspek utama adalah sejenis kelawar buah.

Beberapa haiwan lain juga boleh dijangkiti dan mungkin merebakkan penyakit itu.

WHO berkata, cimpanzi, gorila, monyet, rusa dan landak mungkin menyebabkan penyakit terbabit merebak.- AP
Wabak Ebola Kedua Lebih Kecil Menular Di Afrika Wabak Ebola Kedua Lebih Kecil Menular Di Afrika Reviewed by Unknown on October 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.