Seo Services

Polis Sarawak Akan Berusaha Kurangkan Kadar Jenayah


KUCHING - Polis Sarawak mempunyai dua bulan lagi untuk menambah baik indeks jenayah di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

"Statistik jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan tahun ini, tetapi kami masih mempunyai dua bulan lagi untuk menambah baik indeks jenayah, terutamanya dalam mengurangkan kes pecah rumah, yang meningkat tahun ini."

Muhammad Sabtu berkata, demikian ketika berucap pada majlis makan malam pesuruhjaya polis Sarawak bersama media di mes pegawai ibu pejabat polis Sarawak di sini malam tadi.

Sambil menarik perhatian bahawa kadar jenayah di negeri ini semakin berkurangan, beliau meminta media di Sarawak untuk membantu polis dalam memerangi jenayah dengan menyalurkan maklumat dan membantu mendidik masyarakat tentang cara mengelak kejadian jenayah menerusi artikel yang mereka hasilkan.

Beliau bagaimanapun menasihati media agar tidak menyiarkan berita yang boleh mengganggu siasatan polis berkaitan kes jenayah tertentu.

Muhammad Sabtu turut meminta semua ketua polis daerah agar bekerjasama rapat dengan media, dengan memberi maklumat yang perlu berkaitan kes jenayah di kawasan masing-masing, namun bukan kes yang masih dalam siasatan. - Bernama
Polis Sarawak Akan Berusaha Kurangkan Kadar Jenayah Polis Sarawak Akan Berusaha Kurangkan Kadar Jenayah Reviewed by Unknown on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.