KUCHING: Sarawak berjaya menarik RM7.5 bilion pelaburan langsung asing (FDI), tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, dalam tempoh lima bulan tahun ini.
Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi berkata angka FDI bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja sudah melepasi jumlah bagi keseluruhan tahun lepas yang sebanyak RM6.8 billion.
Katanya, berdasarkan angka yang disediakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, kebanyakan FDI adalah daripada syarikat Jepun.
"Melihat kepada angka berkenaan, negeri ini menarik kepada pelabur.
"Jika tidak, kita tidak akan mencapainya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat wakil Bank of International Corp dari Jepun," katanya.- BERNAMA
Sarawak Tarik FDI Tertinggi Di Malaysia
Reviewed by Unknown
on
October 03, 2014
Rating:
No comments: