SHANGHAI: Sebuah syarikat pengeluar farmaseutikal China sudah menghantar ubat-ubatan eksperimen Ebola ke Afrika bagi kegunaan pekerja bantuannya untuk menjalankan ujian klinikal membantu memerangi penularan wabak berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi Sihuan Pharmaceutical Holdings Group Ltd, Jia Zhongxin berkata, pihaknya telah membekalkan beribu-ribu dos ubat jenis JK-05 ke rantau berkenaan.
Katanya, dos tambahan akan dihantar jika diperlukan.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Sihuan, Huo Caixia pula berkata, ubat berkenaan sudah dibawa oleh pekerja bantuan syarikat itu dan sekiranya ada di antara mereka dijangkiti, ia boleh terus digunakan.
Wabak Ebola yang kini menular di Afrika Barat antara yang terburuk dalam sejarah sudah meragut lebih daripada 4,000 nyawa.
Syarikat perubatan di seluruh dunia telah bertungkus lumus untuk mencari penawar kepada wabak itu, yang kini mula menular hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sudah memaklumkan supaya tindakan "lebih agresif" dilancarkan terhadap wabak berkenaan. - REUTERS
Syarikat Farmaseutikal China Hantar Ubat Perangi Ebola
Reviewed by Unknown
on
October 16, 2014
Rating:

No comments: