KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima sebanyak RM30,000 zakat perniagaan yang telah disampaikan oleh pihak Bank Islam (M) Berhad untuk disalurkan kepada pelajar yang memerlukan disebuah hotel terkemuka disini hari ini.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, sumbangan zakat tersebut akan disalurkan ke tabung khas dibawah seliaan Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS.
"Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS merupakan salah satu jawatankuasa khas untuk meneliti keperluan serta kelayakan pelajar melalui rekod yang sedia ada."
Menurutnya lagi, selain daripada Bank Islam, pihaknya telah menerima sumbangan serupa daripada pihak Bank Rakyat dan Malaysian Building Society Berhad (MBSB) .
"Saya doakan pihak Bank Islam terus maju dan berharap melalui sumbangan ini, para pelajar yang akan menerimanya agar menggunakan kemudahan teraebut dengan sebaik mungkin dan akhirnya membawa kepada pembangunan UNIMAS," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Strategik, Pejabat Pengarah Urusan Bank Islam, Dato' Wan Ismail Wan Yusoh berharap melalui penyerahan zakat perniagaan tersebut semangat setiakawan yang akrab diantara kedua-dua institusi akan bertambah teguh.
Difahamkan sejak tahun 2009 pihak Bank Islam telah memulakan memberi sumbangan zakat perniagaan bagi membantu pelajar yang mengikuti pelbagai jenis pengajian di UNIMAS.
"Hampir RM1 juta telah diperuntukkan untuk zakat perniagaan ini yang akan diserahkan kepada pelajar yang kurang kemampuan serta fakir miskin," jelasnya.
Satu upacara lafaz zakat telah berlangsung diantara pihak UNIMAS yang diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Ustaz Yazid Shamsuddin dan pihak Bank Islam diwakili oleh Dato' Wan Ismail Wan Yusoh disertakan dengan penyerahan replika cek berjumlah RM30,000 yang turut disaksikan oleh pegawai kanan kedua-dua buah institusi.- Sarawakiana
UNIMAS Dan Bank Islam Kukuhkan Hubungan Melalui Zakat Perniagaan
Reviewed by Unknown
on
October 02, 2014
Rating:
No comments: