Seorang wanita yang merupakan Orang Asli di Mexico telah mendapat perhatian apabila beliau melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Oaxaca, Mexico.
Wanita tersebut, Irma Lopez ,28 yang sudah mahu bersalin dikatakan dihalau oleh jururawat kerana tempoh kandungannya belum cukup .
Gambar Irma ketika bersalin di taman tersebar melalui media sosial dan turut diterbitkan di akhbar, menunjukkan Irma sedang berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat kesihatan awam di Oaxaca.
Kontroversi mengenai wanita Orang Asli ini telah mencetuskan kemarahan di media sosial dan mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang tidak berkualiti dan melakukan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu.
“Saya tidak mahu bersalin sebegini. Keadaan itu sangat teruk dan ianya terlalu sakit” kata Irma Lopez yang terpaksa bersalin keseorangan gara-gara suaminya terpaksa meminta pertolongan jururawat klinik itu.
Bagaimanapun, jururawat tersebut mendakwa kejadian itu berlaku kerana perbezaan bahasa dan pekerja di klinik tidak mencukupi untuk melayan pesakit yang terlalu ramai.
Malah menurut saksi yang melihat kejadian itu, Eloy Pacheco Lopez terdengar jeritan Irma yang sedang bersalin segera mengambil gambar dan memberikan kepada wartawan.
Kejadian ini telah membuka mata banyak pihak dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia turut sama menyiasat kes ini. – MyNewsHub
Wanita Bersalin Di Taman Selepas Dihalau Jururawat
Reviewed by Unknown
on
October 15, 2014
Rating:
No comments: