Seo Services

Guan Eng Berang Akta Hasutan Dikekalkan


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bengang dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan).

Beliau mendakwa, Najib memungkiri janji untuk menghapuskan akta itu walhal Perdana Menteri sebelum ini cuma menyebut tentang rancangan untuk meminda akta itu atau mengantikan ia dengan satu akta baharu.

Beliau turut bimbang jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bersetuju dengan keputusan Najib tersebut.

“Pengundi Malaysia akan memutuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti sama ada mereka hendak menyokong pengekalan Akta Hasutan,” katanya dalam nada berbaur ugutan kepada UMNO dalam satu kenyataan hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan akan mengekalkan dan memperkuatkan Akta Hasutan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara ini terus terjamin.

Pendirian Najib itu jelas beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk parti politik yang sentiasa mendesak supaya akta itu dihapuskan demi kesenangan mereka berpolitik tanpa batasan.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, pagi semalam. - MyNewsHub
Guan Eng Berang Akta Hasutan Dikekalkan Guan Eng Berang Akta Hasutan Dikekalkan Reviewed by Salfian Nawawi on November 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.