SINGAPURA: Malaysia tidak pernah menewaskan
Singapura di kubu kuat musuh tradisi itu sejak 2002 dan mungkin rekod buruk 12
tahun itu bakal lebur pada pertembungan terakhir saingan Kumpulan B di Stadium
Nasional, Kallang esok.
Kali terakhir Harimau Malaya melenyapkan
‘Sorakan Kallang’ dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF yang ketika itu
dikenali sebagai Piala Tiger pada 18 Disember 2002 dengan penyerang Indra Putra
Mahayuddin meledak dua gol.
Kali ini Indra yang sudah berusia 33 tahun
masih berada dalam skuad dan dia mungkin sekali lagi boleh menjadi duri dalam
daging kepada juara bertahan Singapura.
“Ini peluang terbaik untuk pemain termasuk
senior pasukan ini membuktikan kemampuan.
“Sejarah biarkanlah menjadi sejarah. Kami
kena buktikan dengan menang ke atas Singapura pada perlawanan terakhir ini
untuk layak ke separuh akhir,” katanya.
Dalam 14 pertemuan sejak 2002, Malaysia
hanya menang tiga kali, seri empat dan tewas tujuh termasuk pada pertemuan
terakhir pada aksi kumpulan Piala AFF 2012.
Kali terakhir Malaysia, juara Piala AFF
2010 menewaskan skuad Singa itu pada 12 Jun 2012 pada aksi persahabatan di
Stadium Shah Alam dengan keputusan 2-0.
Indra yang masuk sebagai pemain gantian
ketika skuad kendalian Dollah Salleh seri 0-0 dengan Myanmar dan kalah 2-3 di
tangan Thailand tetap percaya mereka masih mempunyai kelebihan untuk mengatasi
Singapura yang hanya memerlukan seri esok untuk mengiringi Thailand ke separuh
akhir.
“Singapura mungkin ada sedikit kelebihan
sebagai pasukan tuan rumah tapi dari segi permainan tidak ada beza dan saya
percaya kami lebih bersemangat kali ini. Apa yang kami perlu lakukan supaya
fokus dan berwaspada dengan gerakan set-piece mereka,” kata pemain FELDA United
itu. - HMetro
Indra Tekad Lebur Singapura
Reviewed by JANUARIUS
on
November 28, 2014
Rating:
No comments: