Seo Services

Lelaki Cedera Ditetak Dalam Kejadian Samun Di Rumah


SEREMBAN: Seorang lelaki cedera ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi itu, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal berhenti di depan rumah mangsa sebelum menyerbunya.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang terkejut cuba melawan, namun seorang suspek kemudian melibas parangnya yang terkena dada mangsa.

"Suspek kemudian mengambil barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri," katanya di sini.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.-BH
Lelaki Cedera Ditetak Dalam Kejadian Samun Di Rumah Lelaki Cedera Ditetak Dalam Kejadian Samun Di Rumah Reviewed by Unknown on November 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.