Seo Services

"Silap Orang" Punya Pasal, Lelaki Masuk Hospital Kena Tetak


Polis sedang memburu empat suspek yang telah menyerang dan mencederakan seorang lelaki di Taman Sukma Ria, Jalan Sultan Tengah Petra Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi mengesahkan kejadian sambil berkata mangsa adalah seorang penganggur yang berusia 34-tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tubuh.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh rakan mangsa, seorang pengawal keselamatan yang berusia 28 tahun kejadian berlaku lebuh kurang jam 1.30 tengahari.

Ketika kejadian, pengadu sedang memandu kereta bersama mangsa di kawasan tempat letak kereta Taman Sukma Ria sebelum didatangi empat suspek yang tidak dikenali yang bersenjatakan parang dan batang kayu.

Kumpulan suspek tersebut kemudiannya tekah menghalang kenderaan mereka namun pengadu sempat turun dan lari dari kereta malangnya, mangsa yang gagal melarikan diri dan di serang.

Mangsa, yang kini di dirawat di sebuah hospital dan didalam keadaan yang stabil mendakwa tidak mengenali semua suspek dan punca mengapa mereka di serang.

Namun begitu, salah seorang dari suspek yang kemudiannya telah menghantar mangsa ke hospital memberitahunya mereka telah "silap orang".

Polis telah pun mengenalpasti identiti suspek. - Sarawakiana
"Silap Orang" Punya Pasal, Lelaki Masuk Hospital Kena Tetak "Silap Orang" Punya Pasal, Lelaki Masuk Hospital Kena Tetak Reviewed by Salfian Nawawi on November 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.