Seo Services

Akta Hasutan 1948 Dikekalkan Kerana Suara Majoriti


KUCHING: Suara majoriti rakyat di negara telah memutuskan Akta Hasutan 1948 terus dikekal seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata keputusan tersebut sememangnya telah dijangka berdasarkan maklum balas daripada orang ramai di mana majortitinya mahukan Akta Hasutan dikekalkan.

"Suara majoriti tersebut termasuk juga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak keselamatan, perundangan dan rakyat," ujarnya lagi.

Nancy berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu telah dihapuskan kerana ianya menjadi masalah kepada penguat kuasa sebab itu dalam keadaan ini pentingnya Akta Hasutan terus dikekalkan.

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong di tanya pemberita mengenai perkara itu selepas menghadiri Pertandingan Bintang Kecil 2014 di sini, kelmarin.

"Akta Hasutan perlu lagi diguna pakai dan dilaksanakan sepertimana di Singapura dan negara-negara yang lain kerana ia adalah satu keperluan yang penting dalam mengekalkan keharmonian di sesebuah negara," katanya lagi. - Sarawakiana
Akta Hasutan 1948 Dikekalkan Kerana Suara Majoriti Akta Hasutan 1948 Dikekalkan Kerana Suara Majoriti Reviewed by Salfian Nawawi on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.