Seo Services

Anggota Malbatt Meninggal Dunia Ketika Misi Unifil Di Lubnan


KUALA LUMPUR: Seorang anggota Malaysian Battalion 850-2 (Malbatt 850-2) Koperal Azman Che Soh yang bertugas dalam misi Pasukan Pengaman Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan, meninggal dunia semalam setelah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

Pegawai Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama (MKAB) Leftenan Kolonel Salawati Yahaya berkata Azman meninggal dunia pada kira-kira 10.45 pagi waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia).

Beliau berkata Azman didapati tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah Lubnan dan dibawa ke Hospital Level 1, Malbatt untuk rawatan awal oleh pegawai perubatan Kapten Dr Mohd Hamzi Mohd Yatim.

"Memandangkan anggota (Azman) masih tidak sedarkan diri, beliau telah dirujuk ke Hospital Level 2, Naquora dan dirawat oleh pakar perubatan hospital itu, dan pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan, beliau disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Salawati berkata punca kematian Azman belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan pada 8 Dis ini di Hospital Hariri di Beirut.

"Sehingga kini, maklumat mengenai tarikh ketibaan jenazah ke Malaysia belum dapat dipastikan dan segala urusan jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh pihak Unifil bersama Malbatt 850-2.

"Majlis penghormatan jenazah Allahyarham dijangka diadakan di Pangkalan TUDM Subang dan akan diterbangkan ke Kota Baharu, Kelantan bagi urusan pengebumian," katanya.

Azman, 34, yang berasal dari Kampung Pelunggol, Melor, Kota Baharu bertugas di Rejimen 11 Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka sebelum menyertai misi Unifil.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki, masing-masing berumur 7 tahun, 4 serta 3 tahun. - Bernama
Anggota Malbatt Meninggal Dunia Ketika Misi Unifil Di Lubnan Anggota Malbatt Meninggal Dunia Ketika Misi Unifil Di Lubnan Reviewed by Salfian Nawawi on December 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.