Seo Services

Azmin minta jangan cetus isu baru Bible

Menteri Besar Selangor Azmin Ali meminta Persatuan Bible Malaysia (BSM) tidak mencetuskan provokasi baru selepas pemulangan naskah-naskah kitab itu, November lalu.

Katanya, isu itu sudah tamat dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri jamuan Krismas di gereja Holy Family di Kajang, Ahad.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas rasa tidak puashati pihak berkenaan berhubung cop khas untuk naskhah berkaitan bagi mengawal pengedarannya di Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari merampas naskhah berkaitan sebelum dipulangkan oleh Sultan Selangor selepas kontroversi berlarutan hampir setahun.

Bagaimanapun, ada pemimpin Kristian marah dengan tindakan pihak berkuasa agama Islam kerana kata-kata amaran yang dicap pada naskhah tersebut sebelum ia dipulangkan.

Cap yang mengandungi peringatan yang ia tidak boleh diterbit atau digunakan di Selangor itu, hanya dikesan selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerahkannya kepada Persatuan Gereja Sarawak (ACS) dalam satu majlis yang disaksikan Sultan Selangor pada 14 November.

Pada 14 November, 351 Bible itu diserahkan kepada pengerusi ACS Rev Archbishop Datuk Bolly Lapok, disaksikan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Azmin sendiri.

Majlis itu berikutan arahan Sultan supaya ia diserahkan kembali kepada ACS dengan syarat ia tidak boleh diedarkan di Selangor, terutamanya di kalangan orang Islam, dan ia hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.- bnbbc.my
Azmin minta jangan cetus isu baru Bible Azmin minta jangan cetus isu baru Bible Reviewed by Admin on December 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.