Seo Services

Jangan Terpengaruh Dengan NGO


BINTULU: Rakyat khususnya di pedalaman dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang atau badan bukan kerajaan (NGO) sengaja menggunakan nama pertubuhan bagi mengapi-apikan rakyat membenci kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata sejak 50 tahun lalu kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk di negeri ini.

“Kerajaan BN berjaya mengubah landskap ekonomi dan taraf hidup penduduk di negeri ini khususnya di pendalaman sekali gus merapatkan jurang perbezaan masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya pada Perasmian dan Penyerahan Bantuan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera 2014 Zon Utara Peringkat Negeri Sarawak di sini semalam.

Jabu berharap rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN yang merupakan satu-satunya kerajaan mampu mentadir Sarawak dan negara ini.

Beliau berkata, program bantuan ASB merupakan pendapatan tambahan kepada golongan miskin tegar di luar bandar dan menggalakkan golongan sasar melabur dalam pasaran saham yang dijamin kerajaan.

“Saya yakin agihan dan penyerahan bantuan ASB ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan Bumiputera mengenai kepentingan menabung dan juga keperluan masa kecemasan apa sahaja memerlukan dana,” jelasnya.

Beliau berkata, Program ASB Sejahtera dijalankan dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB) selaku pemegang saham bertanggungjawab menguruskan peruntukan program ini dan membuat perolehan atau penjualan ASB memberikan sejumlah RM5,000 kepada setiap peserta sebagai pelaburan pokok.

“Setiap penerima bantuan akan mendapat dividen tahunan dalam pasaran saham yang dijamin kerajaan,” tambahnya.

Seramai 443 penerima berjaya dan layak menerima bantuan berbentuk dividen zon utara iaitu dari Bintulu, Miri dan Limbang dan seramai 107 layak menerima bantuan itu.


Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datu Chaiti Bolhassan. - UB
Jangan Terpengaruh Dengan NGO Jangan Terpengaruh Dengan NGO Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek on December 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.