KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rentung selepas kenderaannya yang merempuh pembahagi jalan dan terbakar di Jalan Loke Tew, Cheras di sini pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail, kejadian berlaku lebih kurang jam 7.30 pagi tadi apabila kenderaan jenis Toyota Vios yang di pandu mangsa merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar.
"Mangsa yang berusia 30-an maut di tempat kejadian dan mayat kini telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat."
"Pihak kami telah menerima panggilan pada jam 7.46 pagi dan tiba ditempat kejadian tujuh minit selepas menerima panggilan kecemasan tersebut dan sejurus tiba, kami terus memadamkan kebakaran."
Beliau juga menyatakan anggotanya kemudian berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di bahagian pemandu.
“Siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios dan mangsa hangus terbakar 100 peratus selepas lelaki itu melanggar pembahagi jalan berhampiran pusat beli belah Viva Mall,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - Sarawakiana
Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 02, 2014
Rating:

No comments: