Seo Services

Warga Asing Cedera Parah Dalam Kes Langgar Lari




KUCHING: Seorang lelaki warga asing yang identitinya masih belum dikenalpasti cedera parah setelah terlibat dalam satu kes langgar lari di Jalan Ban Hock di sini tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian tersebut yang berlaku lebih kurang 12 tengahari.

Kemalangan dipercayai kes langgar lari yang melibatkan mangsa yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC No. QAX6475 dan sebuah kenderaan motolori yang dikatakan bernombor KL4243Q.

Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan bergerak sehala dari Jalan Deshon menghala ke Jalan Ban Hock, kata Roslan sambil menambah mangsa dipercayai dilanggar lari dari arah belakang oleh motolori berkenaan.

Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa mengalami cedera parah dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Butiran mangsa masih dalam siasatan kerana tiada sebarang pengenalan diri tetapi dipercayai warga asing memandangkan tiada kesan suntikan BCG dibahu kiri mangsa.

Mangsa dianggarkan berusia 27-tahun, mempunyai ketinggian 5 kaki 6 inci, berbaju T-Shirt Hitam dan berjaket kain warna kelabu, berseluar jeans hitam dan bertatu di bahu kiri dan kanan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis kini cuba mengesan waris kepada mangsa dan individu yang terlibat dalam kes ini. - Sarawakiana
Warga Asing Cedera Parah Dalam Kes Langgar Lari Warga Asing Cedera Parah Dalam Kes Langgar Lari Reviewed by Salfian Nawawi on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.