Seo Services

Hasil Siasatan RCI Mengenai Kewarganegaraan Yang Meragukan Di Sabah Diumum Hari Ini


Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang dan individu yang mempunyai kewarganegaraan yang meragukan di Sabah dijangka akan diumumkan pada hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dijadual akan memberikan sidang akhbar kepada media pada pukul 3.30 petang ini selepas mendengar taklimat.

Siasatan RCI yang bermula dari Januari hingga September tahun lepas, menyaksikan seramai 211 saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan.

Antara saksi yang dipanggil ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri-menteri dan bekas Ketua Sabah Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Harris Salleh. - Sarawakiana
Hasil Siasatan RCI Mengenai Kewarganegaraan Yang Meragukan Di Sabah Diumum Hari Ini Hasil Siasatan RCI Mengenai Kewarganegaraan Yang Meragukan Di Sabah Diumum Hari Ini Reviewed by Salfian Nawawi on December 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.