Seo Services

Dua Penjawat Awam Antara Tiga Suspek Pengganas IS Ditahan


KUALA LUMPUR: Tiga suspek pengganas, termasuk dua penjawat awam yang telah pulang dari Syria ditahan oleh pasukan Cawangan Khas Bahagian Anti-Keganasan Bukit Aman.

Difahamkan, salah seorang daripada suspek yang telah menyertai kumpulan Negara Islam (IS) ditahan di Kuala Lumpur manakala seorang di Kedah dalam serbuan ke atas rumah-rumah mereka pada 27 dan 28 November.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek pengganas yang berusia 38 tahun telah berada di Syria sejak 28 Disember tahun lalu dan kembali ke Malaysia pada 8 April tahun ini.

"Dua lagi suspek merupakan kakitangan kerajaan yang berusia di antara 23 dan 28 tahun," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

"Kami percaya mereka telah menyalurkan dana untuk rakyat Malaysia yang ingin pergi ke Syria dan bergabung dengan kumpulan pengganas Negara Islam," katanya sambil menambah semua suspek telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Khalid berkata polis masih memburu lima lagi militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (juga dikenali sebagai Abu Handzalah) dan seorang pemilik kedai runcit Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun, dipercayai pemimpin kumpulan militan yang sedang melatih dan menghantar ahli-ahli mereka untuk berperang ke Syria dan Iraq.

Orang ketiga yang dicari itu adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39 tahun, yang juga dikenali sebagai Abu Nur.

Dua lagi suspek militan yang dikehendaki adalah ahli-ahli Darul Islam Sabah Mohd Amin Baco, 31 tahun dan Jeknal Adil, 30 tahun. - Sarawakiana
Dua Penjawat Awam Antara Tiga Suspek Pengganas IS Ditahan Dua Penjawat Awam Antara Tiga Suspek Pengganas IS Ditahan Reviewed by Salfian Nawawi on December 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.