Seo Services

Padah Mengintai Isteri Orang, Kaki "Sekodeng" Mati Dipukul Di Terengganu


KEMAMAN: Seorang remaja mati di pukul oleh sekumpulan lelaki setelah mengintai seorang suri rumah di Kampung Bujar, Air Jernih di sini pada hari Ahad lepas.

Mangsa di percayai telah mengintai isteri salah seorang dari lelaki yang memukulnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, kumpulan lelaki tersebut berang dengan perangai mangsa yang dikatakan suka mengintai sebelum memasang perangkap ke atasnya.

"Dalam kejadian lebih kurang jam 8.30 malam itu, kumpulan tersebut menangkap mangsa yang dikatakan sedang mengintai menenerus tingkap rumah berkenaan dan memukulnya."

“Mangsa mengelami kecederaan di dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan telinga akibat dipukul. Apabila mangsa pengsan, beliau kemudiannya di hantar ke Pusat Kesihatan Kemasik," katanya lagi dalam dalam satu sidang media semalam.

"Mangsa di percayai telah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut," kata Wan Abdul Aziz sambil menambah polis kemudiannyab telah menahan lima suspek berusia di antara 22 dan 30 tahun di sekitar Kemaman.

"Kesemua suspek, termasuk suami wanita yang dikatakan di intai mangsa telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang di siasat di bawah Seksyen 302 Kod Penal di atas tuduhan membunuh," katanya lagi. - Sarawakiana
Padah Mengintai Isteri Orang, Kaki "Sekodeng" Mati Dipukul Di Terengganu Padah Mengintai Isteri Orang, Kaki "Sekodeng" Mati Dipukul Di Terengganu Reviewed by Salfian Nawawi on December 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.