KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan
negara, Rashid Sidek tetap yakin Malaysia mampu mampu mara ke separuh akhir
Piala Axiata 2014 walaupun tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Indonesia
dan Thailand.
Menurutnya, berdasarkan aksi dipamerkan
pemain selepas lima perlawanan, skuad negara boleh dikategorikan sederhana,
tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lemah.
“Mereka kini berada di pertengahan, apapun
sasaran utama adalah mara ke separuh akhir terlebih dulu,” katanya ketika
ditemui selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.
Jelasnya, walaupun sudah kalah dua
perlawanan, harapan mara ke separuh akhir memang ada dengan syarat pemain terus
fokus baki perlawanan.
“Pemain harus mendapatkan sebanyak mata
yang boleh. Berdasarkan apa yang saya tengok, setiap hari akan ada perlawanan
dan pemain perlu bertukar.
“Justeru, dalam baki dua perlawanan kita
perlu melakukan percaturan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Rashid juga senang hati
melihat kes doping Datuk Lee Chong Wei semakin berakhir dan menuju perbicaraan
kerana baik buat pemain badminton nombor satu dunia itu.
“Jika kes ini dapat diselesaikan segera dia
boleh buat persediaan untuk tahun depan,” katanya. - HMetro
‘Misi Belum Berakhir’
Reviewed by JANUARIUS
on
December 02, 2014
Rating:
No comments: