Seo Services

DSP Jimmy Panyau Memikul Tugas Baharu


MUKAH: DSP Jimmy Panyau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah yang baharu berkuat kuasa semalam.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di sini  disaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi),  Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak ACP Wan Shamsuddin Wan Hussin.

Sebelum ini jawatan itu dipangku ASP Hazman Crisma Mohd Marzidi.

Jimmy menggantikan DSP Omar Bakthiar Yakoob yang berpindah tugas ke Perak.

Menurut Hazman, pengalaman Jimmy yang pernah bertugas sebagai KBKA KPD selama dua tahun dan 11 bulan di sini adalah sebagai menyambung tugasnya di daerah Mukah.

Kata Hazman, malah ramai warga IPD Mukah mengenali KPD baharu (Jimmy Panyau) yang mempunyai pengalaman yang banyak serta mengetahui selok-belok di daerah Mukah.

“Kita sama-sama berharap agar seluruh warga Mukah memberi kerjasama kepada KPD baharu agar segala urusan dan tugas dapat diselesaikan dengan baik, selesa serta mesra.

Sementara itu Jimmy dalam ucapan ringkasnya pula menasihati warga IPD Mukah agar bersungguh-sungguh menjalankan segala tugas yang menjurus kepada usaha membantu masyarakat di Mukah dengan mengurangkan kes jenayah.

“Kita semua harus bekerja sama dan belajar daripada satu sama lain. Jika kerjasama dan semangat membantu tidak dipraktikkan, maka IPD Mukah akan menghadapi masalah.

“Jaga nama baik institusi kepolisan kita agar baik di mata dan telinga masyarakat Mukah.

“Kita selesaikan apa-apa masalah yang timbul dengan baik dan secara ‘open minded’… saya tegas dalam tugas kerana tanggungjawab sebagai ketua di bahu kita bersama,”ujarnya.


Wan Shamsudin yang turut berucap pada majlis itu berkata tugas sebagai anggota polis adalah berkhidmat untuk masyarakat dan walaupun bertugas di tempat terpencil seperti Mukah peranan itu tidak pernah berubah. - UB
DSP Jimmy Panyau Memikul Tugas Baharu DSP Jimmy Panyau Memikul Tugas Baharu Reviewed by JANUARIUS on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.