KUCHING: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan mengadakan "road-tour" dalam usaha memperkenalkan Teras dengan lebih dekat kepada masyarakat di Pakan, Meluan, Ba Kelalan dan Batu Danau selawat-lewatnya pada Januari tahun depan.
Presiden Teras Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom berkata 'road-tour" tersebut adalah susulan untuk meneruskan momentum selepas acara mereka berjaya di Marudi, Tasik Biru dan Bekenu baru-baru ini.
"Road-tour" tersebut akan menjadi agenda utama Teras sejak parti tersebut memutuskan untuk "berdiam-diri" sejak beberapa minggu yang lepas," katanya sambil menambah Teras tidak mahu bercakap banyak namun lebih berorientasikan tindakan turun ke padang.
Mawan juga optimistik bahawa parti itu akan diterima menyertai dalam Barisan Nasional (BN) kerana mereka (Teras) sememangnya tidak pernah berpisah dengan parti pemerintah.
Mawan, yang juga ADUN Pakan dan Ahli Parlimen Saratok berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat sulung Majlis Eksekutif Pusat (CEC) Teras di ibu pejabat Teras di sini semalam.
Beliau juga mengingatkan kehadiran ahli-ahli Teras di dalam barisan Kabinet Negeri mencerminkan kedudukan parti itu dalam kerajaan BN.
Menjawab satu laporan oleh agensi berita nasional yang memetik Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata bahawa ia adalah tidak mungkin bahawa Teras dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan menyertai BN Sarawak, Mawan berkata Teras tidak akan mentafsir kenyataan dan menyerahkan kepada Adenan mengulas lanjut.
"Kami telah menjalankan dan menyelaraskan semua aktiviti kami atas nama BN dan oleh itu, kita berakar sepenuhnya sebagai entiti BN," kata Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial.
Melahiran keyakinan hubungan Teras dan Ketua Menteri akan hanya menjadi "lebih baik", Mawan menyatakan, ia tidak akan menjadi sebaliknya.
Ditanya mengenai cadangan penambahan 11 kerusi baru untuk pilihan raya negeri yang akan berlaku, Mawan berkata Teras bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan untuk membantu kerajaan BN memenangi pilihan raya selain memberi tumpuan pada semasa lapan kerusi mereka.
"Kami pasti akan meminta untuk beberapa kerusi baru untuk Teras namun, keutamaan kami kini adalah memperkasakan diri," katanya lagi. - Sarawakiana
Parti Teras Akan Jelajah Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 08, 2014
Rating:

No comments: