Seo Services

Perdana Menteri Thailand lawat Malaysia


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia esok hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Jen Prayut akan diiringi oleh delegasi seramai 19 orang terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Darat, Timbalan Menteri Pengangkutan serta pegawai-pegawai kanan.

Lawatan ini adalah yang pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 25 Ogos lepas.

"Lawatan rasmi itu adalah bagi membina hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kesinambungan perkembangan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.

"Selain itu, ia dapat memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk proses damai Selatan Thailand, perdagangan dan pelaburan, projek-projek infrastruktur kesalinghubungan di kawasan sempadan, pengangkutan dan pendidikan.

"Semasa lawatan itu, Jen Prayut dijadual mengadakan mesyuarat terhad diikuti dengan mesyuarat delegasi bersama Najib," menurut kenyataan itu.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan menjadi hos pada jamuan rasmi tengah hari esok bagi meraikan Jen Prayut dan delegasinya.

- BERNAMA
Perdana Menteri Thailand lawat Malaysia Perdana Menteri Thailand lawat Malaysia Reviewed by Unknown on December 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.