KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan terpengaruh dengan hasutan beberapa pihak yang mendesak parti tersebut untuk keluar dari Barisan Nasional (BN).
Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menegaskan beliau menolak sama sekali desakan tersebut.
Masing yang kini berada di China semalam dipetik dari sebuah suratkhabar tempatan berkata, PRS tidak boleh keluar dari BN dan yang pastinya kita tidak akan melayan agenda tersembunyi pihak-pihak yang membuat gesaan tersebut.
"PRS akan terus bersama BN kerana BN adalah keluarga dan rumah kami. Biarpun saya mungkin agak tegas terutamanya didalam beberapa isu namun itu tidak bermakna PRS akan keluar dari BN atau ingin menentang BN."
Baru-baru ini, sebuah portal telah menggesa Masing agar mengkaji semula kedudukan PRS dalam BN setelah Masing menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin memenangi kembali hati pengundi Cina tapi sebaliknya bagaikan tidak menghargai pengundi Dayak yang telah membantu BN mengekalkan kuasa sebagai kerajaan. - Sarawakiana
PRS Tidak Akan Keluar Dari BN
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 01, 2014
Rating:
No comments: