Seo Services

14 Maut, Berpuluh Sakit Keracunan Arak


LUCKNOW, India: Sekurang-kurangnya 14 orang mati akibat keracunan arak dan berpuluh lagi sakit teruk selepas mengambil minuman keras berkenaan di wilayah Uttar Pradesh, utara India, kata polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Kharta, pinggir Lucknow.

"Setakat ini, 14 orang mati dan kira-kira 24 lagi sedang dirawat di pusat kecemasan Universiti Perubatan King George," kata Ketua Polis Negara, A Satish Ganesh.

Sehubungan itu, media tempatan melaporkan 100 orang dilaporkan sakit akibat keracunan arak termasuk kebanyakannya dalam keadaan serius. - AFP
14 Maut, Berpuluh Sakit Keracunan Arak 14 Maut, Berpuluh Sakit Keracunan Arak Reviewed by Admin on January 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.