Seo Services

Amaran Hujan Lebat Di Lapan Bahagian Sarawak Dijangka Hingga Esok


KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan amaran hujan lebat di lapan bahagian paling teruk terjejas akibat banjir di negeri ini yang dijangka berlarutan sehingga esok.

Selain Kuching, lapan bahagian lain yang diramal menerima taburan hujan peringkat jingga itu ialah Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Ia sekali gus boleh menyebabkan kenaikan mendadak paras air di beberapa sungai di bahagian terbabit yang memungkinkan berlaku banjir di kawasan rendah, terutama dengan berlakunya fenomena air pasang besar.

Sehingga jam 8 pagi tadi, sebanyak 45 pusat pemindahan dibuka di Kuching, Samarahan, Mukah dan Limbang yang menempatkan keseluruhannya 8, 218 mangsa banjir dari 1,847 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan Kuching mencatatkan jumlah pusat pemindahan tertinggi iaitu 26 pusat pemindahan yang menempatkan 4,817 mangsa dari 957 keluarga.

Keseluruhannya, 32 sekolah di seluruh negeri ditutup sehingga kini akibat banjir, manakala 44 sekolah lagi masih beroperasi walaupun ada di antaranya digunakan sebagai pusat pemindahan. - BH
Amaran Hujan Lebat Di Lapan Bahagian Sarawak Dijangka Hingga Esok Amaran Hujan Lebat Di Lapan Bahagian Sarawak Dijangka Hingga Esok Reviewed by uMieySurianie on January 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.