KUALA LUMPUR: Amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Condore dijangka berterusan sehingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter pula dijangka berterusan sehingga Rabu depan di perairan Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA
Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Condore Sehingga Isnin
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2015
Rating:
No comments: