Seo Services

Azilah Dan Sirul Ke Tali Gantung Akhirnya


Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Bukit Aman, Cif Inspekto r Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar akhirnya ke  tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya sebentar tadi mensabitkan mereka bersalah terhadap tuduhan membunuh warga Monggolia,  Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lalu.

Difahamkan, panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang memohon Mahkamah itu mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan kedua-dua mereka dua tahun lalu.

Pada April 2009, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2013. - Sarawakiana
Azilah Dan Sirul Ke Tali Gantung Akhirnya Azilah Dan Sirul Ke Tali Gantung Akhirnya Reviewed by Salfian Nawawi on January 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.