ZURICH: Cristiano Ronaldo meraih anugerah
FIFA Ballon d’Or buat tahun kedua berturut dan kali ketiga keseluruhan, awal
pagi ini.
Penyerang Portugal berusia 29 tahun itu
meraih 37.66 peratus daripada undian yang dijalankan dan mengatasi Lionel
Messi, yang mendapat 15.76 peratus.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang memilih saya. 2014 adalah tahun yang begitu banyak meninggalkan
memori manis buat saya.
“Saya ingin meneruskan usaha ini. Saya
hendak memperbaikinya untuk menjadi yang terbaik setiap tahun.
“Saya tidak sangka dapat membawa balik
trofi ini dalam tiga majlis yang diadakan. Saya mahu menjadi pemain terbaik dunia
sepanjang zaman,’ katanya.
Penjaga gol Bayern Munich dan Jerman,
Manuel Neuer, berada di tangga ketiga dengan 15.72 peratus pada majlis anjuran
FIFA dan majalah France Football.
Mereka dipilih di kalangan ketua pasukan
dan jurulatih kebangsaan bersama setiap wartawan daripada negara yang terpilih.
FIFA BALLON D'OR WINNER: Cristiano Ronaldo
FIFA WOMEN'S WORLD PLAYER OF THE YEAR:
Nadine Kessler
FIFA PUSKAS AWARD: James Rodriguez
FIFA WORLD COACH OF THE YEAR FOR MEN'S
FOOTBALL: Joachim Low
FIFA WORLD COACH OF THE YEAR FOR WOMEN'S
FOOTBALL: Ralf Kellermann
WORLD XI: Neuer; Lahm, Ramos, David Luiz,
Thiago Silva; Di Maria, Iniesta, Kroos; Messi, Ronaldo, Robben
FIFA PRESIDENTIAL AWARD: Hiroshi Kagawa
FIFA FAIR PLAY AWARD: FIFA Volunteers - HMetro
Ronaldo Meraih Anugerah FIFA Ballon d’Or Buat Tahun Kedua Berturut
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
January 13, 2015
Rating:
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
January 13, 2015
Rating:

No comments: