Aktres Lisa Surihani yang melakonkan watak sebagai Aleeya Azmeen dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw berjudul Suamiku Encik Perfect 10! bakal memantapkan lagi kecemerlangan trek seninya menerusi di pawagam mulai 22 Januari ini.
Chemistry yang ada di antara Aaron Aziz dan dirinya tanpa disedari berjaya mencipta keserasian menjadikan watak mereka berdua hidup dalam filem ‘Suamiku Encik Perfect 10!
Sebelum ini, mereka hanya pernah digandingkan dengan beberapa babak dalam Filem Ombak Rindu.
Menurut laporan Berita Harian, peningkatan yang ketara yang telah ditunjukan oleh Isteri kesayangan Yusry Abdul Halim itu sejak filem Lagenda Budak Setan pada 2010 dan menerusi filem berkenaan juga, Lisa meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23).
Beberapa filem lakonannya kebelakangan ini seperti Ombak Rindu, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan Istanbul Aku Datang turut mengukuhkan profil seninya.
Watak Dian dalam Istanbul Aku Datang juga tidak terlepas dan sekali lagi telah menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik di (FFM) Ke-26.
'Suamiku, Encik Perfect 10!' dibikin sejak setahun setengah lalu. Asalnya ia mahu dihasilkan dalam format supertele bagi siaran Astro First Eksklusif tetapi selepas dipertimbangkan jalan cerita serta mutu lakonan yang bagus, ia akhirnya diangkat ke layar perak.
Selain Lisa dan Aaron, filem ini turut dibintangi Raja Ilya, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Jehan Miskin. - Sarawakiana
Bakat Lisa Surihani Tidak Hanya Bersandarkan Pada Paras Rupa Atau Populariti
Reviewed by uMieySurianie
on
January 14, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 14, 2015
Rating:
.jpg)
No comments: