SHAH ALAM: Pengendali
Selangor Mehmet Durakovic tidak mahu memberikan harapan menggunung kepada
peminat Merah Kuning untuk ‘mencipta’ seorang lagi Paulo Rangel buat naib juara
Liga Super 2014 berkenaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Bekas penyerang Selangor
dari Brazil itu membantu Merah Kuning muncul naib juara Liga Super musim lalu
selain muncul penjaring terbanyak dengan 16 gol.
“Secara jujurnya apa
yang dilakukan Rangel musim lalu untuk Selangor sesuatu yang sangat bagus.
Begitu juga sumbangan S Kunanlan dan Mohd Farizal Marlias. Ketiga-tiganya
penting untuk pasukan, namun mereka meninggalkan Selangor selepas mendapat
tawaran lebih baik. Bola sepak pada masa kini adalah perniagaan.
“Saya tidak boleh
berjanji untuk ‘mencipta’ seorang lagi Rangel musim ini, namun saya boleh
berjanji pemain akan memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan,” kata
Durakovic selepas sesi latihan di Padang SUK Shah Alam, semalam.
Rangel bertindak
meninggalkan Selangor untuk menyertai Terengganu selepas tidak puas hati
berhubung bayaran melanjutkan kontrak dengan Kunanlan dan Farizal memilih untuk
menyertai Johor Darul Ta’zim (Johor DT).
Ditanya mengenai
pengganti Rangel, Durakovic berkata, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi
dipamerkan Guilherme de Paula termasuk tiga pemain import yang lain.
Bagaimanapun dia gagal
meledak jaringan pada saingan Piala Walikota Padang di Indonesia minggu ketika
Rangel terus membuktikan kemampuannya dengan meledak hatrik ketika membantu
Terengganu menewaskan LionsXII dalam aksi persahabatan beberapa hari lalu.
“Kami perlu berusaha
keras dengan pemain dimiliki. Saya memiliki ramai pemain, namun kurang
berpengalaman. Itulah kenyataannya, namun kami akan berjuang sepenuh hati musim
ini, seperti musim lalu apabila kami kehilangan 80 hingga 85 peratus pemain
utama.
“Kami perlu membaiki
setiap posisi dengan pemain yang terbaik akan diturunkan. Bukan mudah berdepan
pasukan mempunyai peruntukan kewangan besar namun kami akan mencuba,” jelas
bekas kapten Selangor itu. - HMetro
Rangel Tinggalkan Selangor Sertai Terengganu
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
January 14, 2015
Rating:
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
January 14, 2015
Rating:

No comments: