Seo Services

Banjir Di Sarawak Mengakibatkan 61 Lokasi Jalan Rosak Dan Tanah Runtuh

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol (tengah) meninjau kawasan, di bawah program Sistem Penyelengaraan Jalan (MARRIS), di Sibu semalam. - Foto Khalid Latip


KUCHING: Jabatan Kerja Raya Sarawak telah mengenal pasti 61 lokasi jalan yang rosak dan terlibat dengan tanah runtuh apabila banjir melanda negeri ini minggu lalu.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, berkata sebanyak 36 lokasi yang terlibat berlaku di Bahagian Kuching, Samarahan (12), Sri Aman (3), Betong (8) dan masing-masing satu di Kapit dan Bintulu.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia di sini, Manyin menganggarkan kerugian antara RM80 juta dan RM100 juta akibat kerosakan ini.

"Kita sedang membuat anggaran penuh, dan akan menyerahkan kepada Majlis Keselamatan Negara dalam tempoh terdekat," katanya yang menjangkakan tempoh baik pulih sesetengah projek itu mungkin menjangkau setahun.
Banjir Di Sarawak Mengakibatkan 61 Lokasi Jalan Rosak Dan Tanah Runtuh Banjir Di Sarawak Mengakibatkan 61 Lokasi Jalan Rosak Dan Tanah Runtuh Reviewed by Unknown on January 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.