KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak merampas pelbagai barangan bernilai RM3,824 membabitkan 38 kes menerusi Ops Catut setakat ini.
Timbalan Pengarah Pejabat KPDNKK Sarawak, Abd Hafidz A Rahim, berkata rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di 4,513 premis perniagaan seluruh negeri.
"Sebanyak 19 kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 melibatkan nilai rampasan RM2,000, 18 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 (RM1,819), dan satu kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 melibatkan nilai rampasan RM5.50," katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas melakukan Ops Catut bersama 33 anggota Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Sarawak memeriksa 120 premis di Pasar Petanak, di sini awal hari ini.
Dalam pemeriksaan itu, KPDNKK Sarawak mengambil tindakan terhadap dua kes di bawah Akta Timbang dan Sukat dan empat kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dengan nilai keseluruhan kes itu ialah RM1,231.
Ops Catut dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pada 15 Januari lepas untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara menjelang pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
- BERNAMA
Barangan Bernilai RM3,824 Dirampas di Sarawak
Reviewed by uMieySurianie
on
January 28, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 28, 2015
Rating:

No comments: